Wednesday 2 August 2017

Bab 2 : Keluhuran Perlembagaan

PENGAJIAN MALAYSIA (DUB1012)
TAJUK : KELUHURAN PERLEMBAGAN
NAMA PENSYARAH : PUAN RINA FAKHIZAN BT MOHD SUKRI
NAMA AHLI KUMPULAN:1MALAYSIA
KELAS : DTM1B
SESI : JUN 2017


PENDAHULUAN:

 Keluhuran perlembagaan merupakan salah satu prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara kita. Luhurnya Perlembagaan Malaysia dapat dilihat dari perspektif berikut, iaitu merupakan undang-undang utama Persekutuan, Ketertinggian perlambagaan, Pindaan Perlembagaan, serta hubungan antara Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

1.1 KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara Malaysia yang ketiga.

Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian perlembagaan atau ketertinggian undang-undang.


Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang.


Yang di-Pertuan Agong (YDPA) serta sistem pemerintahan kerajaan yang terdiri daripada badan perundangan, kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.


Melalui konsep ini, tiada institusi yang dapat mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan sekali gus menjadikannya sebagai pelindung kepada rakyat.

1.2MASYARAKAT MAJMUK
MAKSUD MASYARAKAT MAJMUK


Masyarakat majmuk adalah kewujudan budaya, ekonomi, tempat tinggal, pegangan ideologi politik dan sosial dalam pelbagai etnik yang berbeza.


CIRI-CIRI 


1. Berkelompok
Hidup bersama dan membentuk kelompok.Kelompok inilah yang membentuk masyarakat.Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling bergantungan.Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini. seseorang manusia tidak dapat menerskan hidupnya tanpa bergantungan kepada manusia lain.


2. Berbudaya
Tiada masyarakat , tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, samaada kebendaan atau bukan kebendaan . Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya dengan proses penyesuaian.


3. Mengalami perubahan
Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. Suatu perubahan terjadi kerana faktor faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri, Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan perubahan kepada masyarakat.

4. Berhubungan (dalam dan dengan pihak luar)

Salah satu syarat perwujudan dari masyarakat ialah terdapatnya hubungan kerjasama di antara ahli  akan melahirkan interaksi. Interaksi ini  berlaku secara lisan mahupun tidak dan komunikasi berlaku apabila masyarakat bertemu di antara satu sama lain.

5. Mempunyai kepimpinan
Dalam hal ini pemimpin adlah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara dan lain lain. Dalam suatu masyarakat Melayu awal kepimpinannya bercorak tertutup. Hal ini disebabkan kerana pemilihan berdasarkan keturunan.


FAKTOR

Kita semua wajar memahami secara jelas konsep masyarakat kerana faktor-faktor berikut:

1. Demi meneruskan kehidupan , manusia tiada pilihan lain selain hidup bermasyarakat.

2. Manusia mesti memahami sebaik mungkn hidup bermasyarakat.
3. Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain.
4. Memupuk kerjasama yang berterusan dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. Jadi, sifat dan ciri masyarakat mesti difahami kerana masyarakat adalah sesuatu yang dinamik.



1.3BAGAIMANAKAH KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN BOLEH MENJAMIN KEHARMONIAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA.


  • Mewujudkan pemerintahan yang adil
    Beberapa perkara dalam perlembagaan memperlihatkan peranaannya untuk mewujudakan pemerintahan yang adil. Kewujudan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang melayu , bahasa melayu , agama islam dan lain-lain lagi.Sebagai contoh walaupun agama islam sebagai agama rasmi negara tetapi agama lain juga bebas diamalkan.


  • Mengekalkan riwayat negara bangsaPembentukan pelembagaan akam mengekalkan identiti negara bangsa malaysia kerana melalui perlembagaan ,Sistem pertadbiran dan perjalanan undang-undang negara dapat dilaksanakan.


  • Menjaga kestabilan negaraSesungguhnya perlembagaan malaysia telah berjaya menmbentuk keamanaan dan kestabilan negara .Hal ini memandangankan terdapat sekatan-sekatan dalam mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan  tertentu.Namun,kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka.



1.4 KESIMPULAN

Prinsip ini menekankan bertapa perlunya rakyat Malaysia menerima, mematuhi serta mempertahankan keluhuran dan kemuliaan Perlembagaan Negara dengan sebaik mungkin. Seterusnya, kita seharusnyatidak merendah-rendahkan agama kaum-kaum lain. Cadangan yang boleh dibuat daripada kesimpulan ini ialah kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menghormati, mengamalkan serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.



1.5 RUJUKAN
-Buku rujukan Tingkatan4&5
-Buku Pengajian Malaysia

-http://notapengajianam.blogspot.com/2010/04/pengenalan-perlembagaan.html>